Orkestra Sri Temasek
By Darryl Mustain Follow | Public

Orkestra Sri Temasek (OrST) ditubuhkan pada 2011 oleh Pengarah Orkestra, Hanafi Idrus, dan Pengarah Muzik, Muhammad Firdaus Mohd. Bersama-sama, mereka mencari bakat dari kalangan pemuzik muda untuk membina sebuah orkestra.

OrST ialah satu-satunya orkestra Melayu etnik di Singapura yang menggabungkan alat-alat muzik tradisional melayu seperti gambus, serunai dan rebab dengan alat-alat muzik barat seperti viola dan flute. Gabungan yang unik ini membolehkan OrST untuk mendendangkan lagu-lagu asas melayu.

Di bawah arahan dan bimbingan Pengarah Muzik, Muhammad Firdaus Mohd dan Concert Master Syed Ridwan Ahmad, OrST sering diundang untuk membuat persembahan di dalam dan luar negeri. OrST juga sering membuat kolaborasi bersama kumpulan-kumpulan seni lain di Singapura seperti Sri Warisan, Era Dance Theatre dan Mendaki. Mereka juga telah membuat persembahan di Malaysia, Indonesia dan Taiwan. 

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, matlamat OrST ialah untuk mencari, melestari dan menghargai warisan muzik melayu bukan sahaja di Singapura malah di seluruh Nusantara.